This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

AIR MINUMAN HERBA & SATAY TULANG SENAWANG

hari ni nak citer dua perkara.
pasal air minuman herba dan sate tulang.
memang pelik sedikit bunyinya.
tapi sate ini memang ada.
kalau anda pergi senawang, negeri sembilan,
sate tulang memang terkenal di kawasan ini.
tapi, saya telah memilih kedai yang paling
famous di kawasan it.


pertama kali, kita bercerita pasal herba
dulu.



-restoran dinda-
terkenal jugak dengan nama restoran Kak Long Junior. 
memang senang untuk cari kedai ni. 
kalau masuk jer bandar baru senawang, terus jumpa 
restoran ni. 
pertama kali masuk ke kedai ini, 
pelbagai herba yang anda akan lihat. 
herba-herba yang terkenal dengan 
pelbagai khasiatnya.dan jika anda 
perhatikan pada frame yang tersusun di belakang herba 
tersebut, itu adalah gambar2 artis yang pernah berkunjung 
ke kedai ini.

 
ni antara herba yang terdapat di sini.
tongkat ali. 
memang boleh dikatakan kebanyakan rakyat 
melayu yang mengenali khasiatnya. 
tapi,bila terbaca artikel di situ, 
banyak lagi perkara yang tidak tahu tentang 
tongkat ali ni. 
antaranya ia boleh melawaskan,mengelakkan gatal2 
dan banyak lagi. 

 
air rebusan tongkat ali. 
bila minum air ni, memang la 
teramat rasa pahitnya. nak termuntah pun ada. 
tapi letih yang ada pada tubuh terus hilang.


air rebusan limau madu. 
ai ini sebenarnya untuk menghilankan rasa pahit 
air tongkat ali tadi. biasanya  harganya satu 
pakej dengan air tongkat ali.

 
ni antara minuman herba lain 
yang terdapat disini. 
air sarsi di sini memang terbaik, 
kerana dia menggunakan akar sarsi yang asli. 
cubalah. 

habis cerita pasal herba. 
sekarang kita cerita mengenai satay tulang. 
sebenarnya satay tulang 
ini lebih kurang dengan satay biasa. cuma yang 
bezanya di sini, isi satay ini di potong bersama 
dengan tulang2nya.


semasa mula2 sampai senawang ni,
tak der niat pun nak makan kat
sate tulang. kami sebenarnya nak makan masakan minang
tapi bila terrpandangkan sign board ni, terus terbuka hati
untuk makan dan mencuba.

 
ni waktu sate dibakar. 
cuba tengok satu2 cucuk tu. 
besar tak ??
berbaloi rm 1 satu cucuk



ni sate yang telah siap.
kami order 45 cucuk semuanya.
memang berbaloi. 

sate tulang senawang : 

rate   : 4/5
harga : RM1/ cucuk
kelebihan : 
= ketulan dia agak besar berbanding sate biasa
= harga yang murah 
= kuah kacangnya agak sedap 

kekurangan :
= susah sikit untuk memakannya kerana begitu banyak tulang
= kedainya agak kecil, jika dibandingkan dengan pelanggannya yang agak
   ramai. 

note: jangan sesekali order air teh air ais kat sini
        rasa dia memang hampeh...

0 luahan jiwa:

Post a Comment