tentang pakain admin, bukan sebab selekeh atau
sebab matching error, tapi pasal branded.
kadang kala termenung juga admin dengan masalah ini,
pakaian admin bukan semuanya branded.
admin sangat tidak kisah pasal brand, tapi
bagi pendapat admin sendiri, kebanyakan barangan 'brand'
ini kualiti dia tinggi. tapi tidak semuanyalah.
admin berkongsi pendapat :
*berdasarkan penakrifan branded = kualiti
ada sesetengah barangan admin yang mesti branded @ kualiti.
branded = mesti
bagi admin, tidak membazir untuk berbelanja lebih semata-mata
untuk mendapatkan kasut yang berkualiti,
mengapa kasut mesti berkualiti ?
kebiasaanya kasut di gunakan untuk aktiviti lasak secara
langsung atau tidak langsung. lagipun, kita jarang untuk menukar kasut
seperti menukar baju. admin menggunakan sepasang kasut brand converse
selama 2 tahun dan setakat ini amat berpuas hati
dengan kualitinya.
bajet : RM 79.00++
branded = tidak semestinya
untuk kemeja, admin biasanya akan memilih yang berjenama
pada buah fikiran admin, kebiasaannya kemeja ini di pakai untuk ke kulliah atau pun urusan
rasmi. bagi mereka yang hidup sederhana, biasanya,
tidak banyak koleksi kemeja yang di simpan,
jadi mereka akan selalu menggunakan kemeja,
jika kemeja yang berkualiti, ia tidak akan mudah untuk rosak
jika dibandingkan dengan kemeja yang di beli di pasar malam.
bajet : RM 35.00++
tetapi untuk t-shirt, admin amat jarang sekali berbelanja
mahal. admin lebih selesa memakai t-shir dari
bundle ataupun kedai cap ayam.
bajet : RM 20.00++
branded = mesti
seperti kasut, seluar juga digunakan untuk kegunaan yang lasak,
risiko untuk koyak juga adalah tinggi untuk seluar,
jadi admin akan begitu berhati-hati dalam memilih
seluar yang berkualiti tinggi
bajet : RM 40.00++
branded = mesti
jarang sekali admin dengar orang menjadikan
tali pinggang sebagi koleksi,
dan admin jarang sekali dengar orang
selalu menukar tali pinggangnya. untuk menjamin kualiti,
tali pinggang branded adalah perlu, admin pernah sekali memebli tali
pinggang di sebuah shopping kompleks di pulau pinang dengan harga RM10.
admin hanya sempat memakai tali pinggan itu tidak sampai 24 jam,
rupa-rupanya tali pinggang itu di perbuat dari kertas
bagi lelaki, tali pinggang hitam perlu ada
kerana amat mudah di 'match'kan dengan mana-mana seluar
bajrt : RM 30.00++
branded = tidak semestinya
bagi innerwear, admin tidak pernah memilih pasal jenama,
banyak innerwear yang yang di jual dipasar malam yang berkualiti,
dan menyerap peluh, begitu juga dengan stoking,
tetapi admin memilih underwear @ boxer
yang berjenama kerana cuttingnya labih baik
dan kainnya menyerap peluh.
bajet : RM 15.00++ / box
berjenama = tidak semestinya
untuk dompet, admin tidak pernah kisah
pasal brand, cuma yang penting, poket dia banyak untuk
simpan kad, dan elemen kulit mesti ada, sebab yang
pvc amat sensitif dengan air
bajet : RM 25.00++
nota 1 : pada akhir tahun, biasanya pakian lelaki akan
diberi promosi terlampau di mana2 shopping complex
nota 2 : tidak semua pakain berjenama kualitinya baik
nota 3 : admin merasakan bershopping di bundle lagi menguntungkan kerana
barangan bundle lebih berkualiti