This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

AIR MINUMAN HERBA & SATAY TULANG SENAWANG

hari ni nak citer dua perkara.
pasal air minuman herba dan sate tulang.
memang pelik sedikit bunyinya.
tapi sate ini memang ada.
kalau anda pergi senawang, negeri sembilan,
sate tulang memang terkenal di kawasan ini.
tapi, saya telah memilih kedai yang paling
famous di kawasan it.


pertama kali, kita bercerita pasal herba
dulu.



-restoran dinda-
terkenal jugak dengan nama restoran Kak Long Junior. 
memang senang untuk cari kedai ni. 
kalau masuk jer bandar baru senawang, terus jumpa 
restoran ni. 
pertama kali masuk ke kedai ini, 
pelbagai herba yang anda akan lihat. 
herba-herba yang terkenal dengan 
pelbagai khasiatnya.dan jika anda 
perhatikan pada frame yang tersusun di belakang herba 
tersebut, itu adalah gambar2 artis yang pernah berkunjung 
ke kedai ini.

 
ni antara herba yang terdapat di sini.
tongkat ali. 
memang boleh dikatakan kebanyakan rakyat 
melayu yang mengenali khasiatnya. 
tapi,bila terbaca artikel di situ, 
banyak lagi perkara yang tidak tahu tentang 
tongkat ali ni. 
antaranya ia boleh melawaskan,mengelakkan gatal2 
dan banyak lagi. 

 
air rebusan tongkat ali. 
bila minum air ni, memang la 
teramat rasa pahitnya. nak termuntah pun ada. 
tapi letih yang ada pada tubuh terus hilang.


air rebusan limau madu. 
ai ini sebenarnya untuk menghilankan rasa pahit 
air tongkat ali tadi. biasanya  harganya satu 
pakej dengan air tongkat ali.

 
ni antara minuman herba lain 
yang terdapat disini. 
air sarsi di sini memang terbaik, 
kerana dia menggunakan akar sarsi yang asli. 
cubalah. 

habis cerita pasal herba. 
sekarang kita cerita mengenai satay tulang. 
sebenarnya satay tulang 
ini lebih kurang dengan satay biasa. cuma yang 
bezanya di sini, isi satay ini di potong bersama 
dengan tulang2nya.


semasa mula2 sampai senawang ni,
tak der niat pun nak makan kat
sate tulang. kami sebenarnya nak makan masakan minang
tapi bila terrpandangkan sign board ni, terus terbuka hati
untuk makan dan mencuba.

 
ni waktu sate dibakar. 
cuba tengok satu2 cucuk tu. 
besar tak ??
berbaloi rm 1 satu cucuk



ni sate yang telah siap.
kami order 45 cucuk semuanya.
memang berbaloi. 

sate tulang senawang : 

rate   : 4/5
harga : RM1/ cucuk
kelebihan : 
= ketulan dia agak besar berbanding sate biasa
= harga yang murah 
= kuah kacangnya agak sedap 

kekurangan :
= susah sikit untuk memakannya kerana begitu banyak tulang
= kedainya agak kecil, jika dibandingkan dengan pelanggannya yang agak
   ramai. 

note: jangan sesekali order air teh air ais kat sini
        rasa dia memang hampeh...

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

bahan untuk kuah percik :

2 cawan santan
2biji bawang putih
1 biji bawang merah
2 tangkai cili kering yang telah direndam
sedikit tepung beras
garam dan gula secukup rasa.

blend semua bahan. kemudian panaskan dengan api yang
perlahan sehingga kuah tadi sedikit pekat. jangan biar
santan itu pecah minyak.
jangan gunakan lada kering terlalu banyak.

untuk ayam, perap ayam dengan sedikit garam.
kemudian bakar ayam tersebut. kemudian ambil kuah
percik tadi, kemuadian siram di atas tersebut semasa dibakar.
(macam bakar satay)

anda juga boleh gantikan ayam dengan ikan.
ikan kembung amat sesuai untuk buat percik.


RESEPI NASI KERABU KELANTAN

NASI :

2 cawan nasi
3 helai daun limau purut@daun pandan
10 kuntum bunga nasi kerabu @ pewarna

CARA:

basuh beras seperti biasa.
kemudian masukkan bunga nasi kerabu.
anda juga boleh gantikan bunga nasi kerabu
dengan perwarna. untuk perwarna, anda hanya
perlu guna 2 titik perwarna untuk 2 cawan nasi.
jangan guna perwarna terlalu banyak kerana ia boleh
merosakkan warna nasi.

untuk menambahkan sedikit haruman
pada nasi, anda boleh letakkan daun limau
purut atau daun pandan. pastikan daun limau
purut atau daun pandan di koyak dengan menggunakan
tangan. jika daun limau purut atau daun pandan
dihiris dengan pisau, aroma baunya tidak
semerbak seperti dikoyak.

TUMIS BUDU :
budu secukup rasa
2 cawan santan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering(direndam dengan air panas)

cara :
kisar bawang putih, bawang merah, cili kering, santan
dan juga budu. kemudian panaskan dia atas api sehingga
santan hampir pecah minyak.

KELAPA GORENG :

2 cawan kelapa goreng (di goreng sekejap)
2 ekor ikan kembung @ selar (di rebus)
1 biji bawang besar (hiris dadu)
garam dan gula secukup rasa

cara :
buang tulang ikan yang di rebus.
kemudian campurkan ikan tadi ke dalam
kelapa yang telah di goreng. kemudian
masukkan bawang besar yang telah di hiris tadi
bersama garam dan gula secukup rasa.
kemudian goreng semua bahan tadi sehingga warna kekuningan.

KERABU :
untuk bahan kerabu,
anda boleh gunakan pelbagai ulaman seperti

kubis
bunga kantang
taugeh
kacang panjang
timun batang
etc

bahan2 ini kemudiannya di hiris halus
untuk di hidangkan bersama nasi kerabu.

untuk menambahkan selera,
makan nasi kerabu bersama daging bakar
atau ayam koreng kunyit. boleh juga ditambah keropok
keping.

selamat mencuba!!!!

NIVEA FOR MEN DEODORANT


rating : 3/5
harga : ±RM11.50-
harga ikut pasaran




kelebihan :

} bau dia lembut dan maskulin, terutamanya yang FRESH ni.
} tahan sehingga 24jam
} harga yang berpatutan
} boleh didapati di mana sahaja
} masih berfungsi walaupun selepas mandi


kekurangan :

} dia akan tinggalkan "white stain" di celah ketiak baju.

} mungkin mengandungi CFC (tidak terdapat label CFC-free di botol)

untuk mendapatkan harga yang lebih murah,
di cadangkan beli yang "promosi pack".

biasanya boleh jimat dalam ±RM2.
harga promosi ini biasanya terdapat
sepanjang tahun
terutamanya di guardian.


note : CFC adalah sejenis bahan kimia yang
berbentuk gas yang mana ia boleh menipiskan
lapisan ozon. penipisan lapisan ozon boleh
menyebabkan pemanasan
global.

SALAM MUQADIMMAH

ASSALAMUALAIKUM

akhirnya..
lahir juga blog ke-2 aku ni.
blog yang ke-2 ini aku
akan berkongsi dengan pembaca semua
tentang segala benda tak kiralah
dari segi apa pun.
perubatan, pelajaran, barangan, etc.
jadi harap dapat bagi komen dan cadangan la
yea.